Lagi cara Daily Mail nak mengaitkan juruterbang dengan tragedi
pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu. Juruterbang yang mengalami masalah
rumah tangga.
Menurut Daily Mail, Kapten Zaharie dalam proses menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding keluarga.
Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang.
Faizah Khanum Mustafa Khan, isteri Kapten Zaharie memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui beliau banyak menghabiskan masa bersendirian di bilik simulator penerbangannya.
Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya, “Dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu.”
Minggu lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama ahli-ahli keluarga yang lain telah disoal siasat oleh polis.
Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.
Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.
“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”
Sepanjang soal siasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu.
“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.
Walaupun tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga. Apabila tidak bertugas, beliau banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan berbanding keluarga.
Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati mudah marah.
Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya dan merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?
Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada mereka yang lebih tua, yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.
Aishah juga menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.
Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. – Daily Mail
0 Komentar untuk "MH370 : Pendedahan Mengejutkan Isteri Kapten Zaharie Kepada Media Asing"