Pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui tumpahan
minyak kira-kira 20 batu nautika di selatan, lokasi terakhir pesawat
Malaysia Airlines MH370.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish yang
menyertai operasi itu berkata, pasukannya menemui dua atau tiga tompok
sepanjang 10 batu yang berwarna kekuningan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Menurutnya sebuah kapal telah dihantar ke lokasi tumpahan minyak untuk
mengambil sampel supaya pihak berkuasa boleh mengenal pasti sama ada
minyak berkenaan dari pesawat yang hilang itu.
sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri
Rodzali Daud berkata, menurut rakaman radar, ada kemungkinan bahawa
pesawat Penerbangan Malaysia MH370 berpatah balik ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). sumber
0 Komentar untuk "Maritim Malaysia Sahkan Tumpahan Minyak Di Lokasi MH370 Hilang"