>>>>>

Beginilah Cara Polis Wanita Di China Menjadi Peramah


Ada pepatah Cina berbunyi, " Perempuan dengan kecantikan sejati tak akan memperlihatkan giginya saat tersenyum. " Nampaknya sekarang sudah tak berlaku lagi . Sekurang-kurangnya peraturan ini diterapkan oleh kerajaan China terhadap polis wanita di negara china ini .Ini kerana , selama ini pihak polis China dikenali dengan disiplinnya . Tugas berat setiap hari membuat mereka kelihatan tegang dan kurang senyum. Padahal, sebagai pengabdi masyarakat polis harus terlihat ramah. -Kerana itulah diadakan kursus " tersenyum " oleh kepolisian di Dalian Port Inspection Station di Wilayah Liaoning. Latihan ini menjadi unik kerana para polis wanita tersebut harus menggigit supit sehingga boleh tersenyum lebar sambil memperlihatkan barisan geligi mereka."Tujuan kursus ini untuk menghasilkan senyum yang sempurna ," jelas Zhang Tianbao sepertidipetik NBC News .Demi senyum sempurna ( dengan gigi terlihat ) itulah maka tradisi yang telah berlangsung selama ini harus diubah . " China merupakan sebahagian daripada dunia antarabangsa , maka kami merubah tradisi agar dunia dapat melihat bahawa kami orang -orang yang ramah," pungkas Zhang .
0 Komentar untuk "Beginilah Cara Polis Wanita Di China Menjadi Peramah"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info