>>>>>

Video: Padah Cuba Merompak, Lelaki Dibelasah Sampai Pengsan


INILAH padahnya kalau cuba merompak orang yang salah!

Seorang lelaki yang dipercayai cuba melakukan aktiviti merompaknya di sebuah bank di China ini telah dibelasah sehingga pengsan oleh mangsanya sendiri.'

Lelaki yang berpakaian baju berjalur putih itu dilihat cuba merampas wang yang dipegang oleh mangsanya ketika itu namun ditepis dengan pantas sebelum berlaku pergelutan antara mereka berdua.

Kejadian yang dikatakan berlaku di bandar Deyang, wilayah Sichuan di negara itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup atau CCTV di bank berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, lelaki berkenaan kini telah ditahan pihak berkuasa tempatan selepas mangsanya membuat laporan berkenaan insiden terbabit. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Video: Padah Cuba Merompak, Lelaki Dibelasah Sampai Pengsan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info