>>>>>

Video: Dua Wanita Diburu, Buat Gangguan Seks Terhadap Lelaki (video)

DUA orang wanita kini diburu pihak berkuasa di Washington D.C selepas video mereka melakukan gangguan seksual terhadap seorang lelaki tersebar.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka di sana, kedua-dua orang wanita itu dilihat cuba mengganggu dan mencabul seorang lelaki di situ dengan membuat aksi ghairah dan meraba-raba tubuh badan lelaki berkenaan.

2
Lelaki yang sedang bercakap dengan telefon bimbit itu dilihat cuba mengelak namun terus dicabul oleh dua wanita terbabit.

Kedua-dua suspek berhadapan dengan hukuman melakukan penderaan seksual tahap ketiga termasuk berkelakuan tidak senonoh, mencabul seseorang, mengancam keselamatan diri dan menculik. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Video: Dua Wanita Diburu, Buat Gangguan Seks Terhadap Lelaki (video)"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info