>>>>>

Mr Bean Bercerai Selepas 25 Tahun Kahwin

 
 
PELAKON yang terkenal dengan watak Mr. Bean, Rowan Atkinson akhirnya sah bercerai dengan isterinya selepas 25 tahun hidup bersama.

Kedua-dua Rowan dan isterinya, Sunetra Sastry walau bagaimanapun tidak hadir di mahkamah ketika pendengaran prosiding penceraian mereka di Central Family Court, London, baru-baru ini.

Perpisahan mereka tidak dapat dielakkan selepas pelakon komedia berusia 60 itu kini dikhabarkan sedang mabuk cinta dengan seorang pelakon berusia 32 tahun, Louise Ford sejak dua tahun lalu.

bean
Rowan Atkinson bersama teman wanitnya, Louise Ford. 

Rowan berkahwin dengan Sunetra, seorang jurumekap artis pada tahun 1990 dan hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata, Lily Atkinson, 20, dan Benjamin Atkinson, 22. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Mr Bean Bercerai Selepas 25 Tahun Kahwin"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info