>>>>>

Mengerikan..Mulut Matador Ditusuk Tanduk Lembu Jantan


Guadalajara, Mexico – Seorang matador berdepan detik cemas apabila mulutnya ditusuk tanduk lembu jantan dalam pertandingan lawan lembu di bandar ini baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika matador muda dari Peru, Andres Roca Rey, 19, menentang seekor lembu jantan di gelanggang lawan lembu di Plaza Nuevo Progreso di sini.

Dalam pertunjukan itu, Rey beberapa kali terjatuh selepas ditanduk lembu jantan berkenaan, tetapi dia bertekad meneruskan persembahan.

Bagaimanapun, ketika lembu jantan itu membuat satu terjahan, Rey gagal mengelak menyebabkan tanduk haiwan itu menusuk mulutnya.

Serangan itu menyebabkan Rey melambung sebelum jatuh ke tanah.

Perlawanan segera dihentikan, lalu Rey dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran.

Bagaimanapun, Rey tidak cedera parah dan hanya dua batang gigi hadapannya patah.
Walaupun kejadian itu hampir meragut nyawa, Rey bertekad kembali ke gelanggang tidak lama lagi untuk mengembalikan maruahnya. – Agensi/myMetro Online
0 Komentar untuk "Mengerikan..Mulut Matador Ditusuk Tanduk Lembu Jantan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info