>>>>>

Lelaki China Bersenam Taici Atas Lampu Isyarat


SUZHOU (China) – Pengguna jalan raya di bandar ini terkejut selepas melihat seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat baru-baru ini.

Lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini.

Tindakan lelaki tersebut menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu cuba merakamkan aksi cukup unik itu.

Meurut media tempatan, lelaki tersebut dilaporkan membuat aksi berbahaya berkenaan selama beberapa minit sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Pada mulanya anggota bomba terbabit memujuk lelaki itu turun, tetapi dia pula enggan.

Bagaimanapun, selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat.

Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan. – Agensi
0 Komentar untuk "Lelaki China Bersenam Taici Atas Lampu Isyarat"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info