>>>>>

Kejam..!! Wanita Diikat, Dimalukan Kerana Curi Daging Di Pasar



SEORANG wanita berusia 40 tahun diikat dan dimalukan di khalayak ramai selepas didakwa mencuri daging lembu dan khinzir.

Penjual di pasar yang terletak di Nanning, China dikatakan bertindak sedemikian kerana wanita tersebut kerap melakukan perbuatan itu.

Mereka mengikat tangannya dan menggantungkan ayat yang tertulis “Saya adalah pencuri daging lembu dan daging khinzir” di badannya.

pork_thief3

Walau bagaimanapun, netizen menyifatkan perbuatan itu satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan keterlaluan.

Sememangnya wanita terbabit perlu dikenakan hukuman namun mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman mengikut sesuka hati yang tidak mengikut undang-undang negara.

pork_thief5

Pihak polis dilaporkan segera ke tempat kejadian selepas dimaklumkan untuk menyelamatkan wanita itu dan membawanya ke balai polis.

Insiden tersebut kemudiannya menjadi sensasi Internet selepas gambar wanita itu tersebar.

Sebelum ini, seorang wanita yang sarat mengandung pernah menerima nasib sama selepas dia dituduh mencuri di sebuah kampung di negara itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

pork_thief2
0 Komentar untuk "Kejam..!! Wanita Diikat, Dimalukan Kerana Curi Daging Di Pasar"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info