>>>>>

Hadiah Kahwin Paling Rare, Tong Gas Dicat Wajah Pengantin

BARANGKALI inilah dia hadiah perkahwinan paling unik dan rare!

Meskipun kelihatan lucu, namun hadiah berupa tong gas yang diterima oleh pasangan pengantin yang dikenali sebagai Phill dan Nor ini menarik hati kami.

12193886_1014118648655153_2676282902180643119_n

11220834_1014118638655154_5642829382412808081_n

12119162_1014118678655150_6155059619938154461_n

Mana tidaknya, hadiah yang langsung tidak terfikir dek akal ini sememangnya sangat praktikal dan berguna kepada pasangan mempelai yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Selain menjadi komponen penting untuk memasak, tong gas ini juga boleh dijadikan hiasan rumah kerana si pemberi bijak melakar lukisan kartun wajah pengantin pada badan tong gas ini.

Tambahan pula, hadiah unik ini tidaklah memakan belanja yang mahal meskipun amat unik.

Senang cakap, siapa yang tak suka dapat hadiah seistimewa ini kan? – MYNEWSHUB .CC
0 Komentar untuk "Hadiah Kahwin Paling Rare, Tong Gas Dicat Wajah Pengantin"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info