>>>>>

Lexus Pamer Kereta Diperbuat Daripada Kertas Kadbod Dan Boleh Dipandu (6 Gambar


Syarikat pembuat kereta Lexus, baru-baru ini mempamerkan sebuah kereta prototaip diperbuat daripada kertas origami.


Kereta origami Lexus mempunyai kerangka besi keluli, selain turut dilengkapi dengan sistem pintu, lampu dan roda yang boleh berfungsi seperti kenderaan biasa. AGENSI
Portal Utusan semalam melaporkan, syarikat gergasi automatif dunia tersebut membina kereta origami yang boleh bergerak seperti kereta biasa itu sebagai sebahagian daripada kempen penjenamaan global terbaharu mereka iaitu Lexus Creating Amazing.
Kereta origami yang mempunyai kerangka besi keluli tersebut turut dilengkapi dengan sistem pintu, lampu, dan roda yang boleh berfungsi.
Syarikat LaserCut Works dan syarikat Scales and Models yang bertanggungjawab membina kereta luar biasa tersebut memberitahu, proses pembinaan kereta origami berkenaan merupakan satu kerja yang rumit dan memerlukan pekerja berkemahiran tinggi.
“Lima orang pekerja terlibat dalam proses mereka bentuk, mengunting kertas kadbod, dan menyatukan origami.
“Selepas siap dibentuk, kereta tersebut perlu menjalani beberapa ujian bagi memastikan tidak wujud sebarang cacat cela sebelum dipamerkan kepada umum,” kata Pengarah Scales and Models, Ruben Marco.
Kereta tersebut mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan dengan menggunakan kira-kira 1,700 keping kertas kadbod.
Sumber berkata, proses menyatukan origami dijalankan menggunakan tangan tanpa bantuan sebarang teknologi moden.
0 Komentar untuk " Lexus Pamer Kereta Diperbuat Daripada Kertas Kadbod Dan Boleh Dipandu (6 Gambar"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info