>>>>>

Kafe Layan Pelanggan Umpama ‘Isteri’, Berbikini Ketika Memasak


SEBUAH kafe di Jepun menawarkan perkhidmatan yang unik kepada pelanggannya iaitu Ore No Yome yang bermaksud ‘isteriku’. Ia menawarkan `isteri’ kepada pelanggan yang kesunyian dan kelaparan.

Kafe yang terletak di Higashi Ikebukuro itu kini mula mendapat tarikan ramai.

Pelanggan yang mahu ke situ perlu membuat tempahan melalui telefon dan sebaik mereka tiba, pelayan wanita yang hanya memakai bikini dan apron akan menyambut pelanggan tersebut.

`Isteri’ tersebut akan melayan dan memainkan peranan sebagai seorang isteri ketika masak untuk pelanggan.

“Sebaik sahaja anda mahu pulang ke rumah, tolong beritahu saya sayang. Saya akan masak makan malam,’’ demikian tulis iklan mempromosikan kafe terbabit.

Tetapi bukan hanya `isteri disediakan sebaliknya seorang wanita juga boleh memiliki `suami’ di kafe berkenaan yang akan menemani mereka dan hanya memakai pakaian mendedahkan.

Pelayan lelaki itu akan digelar `suami tersayang’ yang akan turut melayan pelanggan wanita, sama seperti mereka melayan isteri. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Kafe Layan Pelanggan Umpama ‘Isteri’, Berbikini Ketika Memasak"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info