HARAPKAN pegar, pegar makan padi!
Guru yang diharapkan dapat membantu mendidik anak-anak untuk menjadi
insan berguna, sebaliknya mengambil kesempatan dengan mengadakan
hubungan seks dengan anak murid mereka sendiri.
Artikel ini memperkenalkan senarai 8 para pendidik yang telah
dihadapkan ke muka pengadilan akibat tidak dapat menahan diri daripada
nafsu:
1. Brianne Altice
Guru Bahasa Inggeris dari Utah telah dijatuhkan hukuman minimum 2
tahun dalam penjara setelah mendera 3 orang pelajar lelakinya secara
seksual.
“Dia seorang yang sentiasa mengejar perhatian,” kata salah seorang murid dari Davis High School, iaitu sekolah tinggi di mana Altice mengajar. “Cuma tak sangka pula dia boleh pergi sejauh ini.”
2. Carrie McCandless
McCandless dan kekasihnya yang berusia 17 tahun bertemu ketika sesi
persekolahan musim panas dan hubungan sulit mereka berterusan–
sehinggalah dia dimasukkan ke dalam penjara. Pasangan ini mengirim balas
SMS hampir 76 kali sehari dan pernah ‘kantoi’ bercumbu sakan di dalam
sebuah kabin oleh pelajar lain semasa lawatan sekolah.
3. Elyse Cromwell
Elyse Cromwell yang berusia 27 tahun ini berkata dia cukup bertuah
kerana diterima untuk menjadi guru Bahasa Inggeris di Newark Early
College High School. Namun, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila
dia telah dituduh melakukan hubungan seks dengan murodnya yang berusia
14 tahun. Cromwell kini meringkuk di dalam penjara selama 5 tahun akibat
jenayah yang dilakukannya.
4. Debra Lafave
Selapas menamatkan pengajian di Universiti South Florida, Lafave
memulakan kariernya sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah
menengah berdekatan rumahnya. Lafave kemudiannya menjalinkan skandal
dengan pelajar berusia 14 tahun. Bagaimanapun, dia terlepas daripada
dikenakan hukuman penjara apabila peguamnya berhujah bahawa,”Untuk
meletakkan seorang wanita menarik ke dalam tempat seakan-akan lubang
neraka itu, adalah seperti meletakkan daging mentah di hadapan
sekumpulan singa.”
5. Broch DeGraff
Bekas cikgu dan jurulatih bola sepak di sebuah sekolah swasta di Utah
telah mengakui bersalah dalam pertuduhan melakukan hubungan seksual
dengan dua orang gadis berusia 15 dan 16 tahun, yang juga merupakan ahli
dalam pasukan bola sepaknya. DeGraff kini berada di penjara setelah
dijatuhkan hukuman selama 20 tahun atas kesalahan mendera kanak-kanak
bawah umur secara seksual.
6. Irene Khan
Khan yang sebelum ini pernah berkahwin dan ibu kepada dua orang anak,
dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 2 tahun selain daripada 10
tahun temph percubaan setelah dia mengadakan hubungan seksual dengan
seorang pelajar lelaki di hotel bajet, dalam kereta khan dan juga
rumahnya selama beberapa bulan.
7 and 8. Shelley Dufresne, Rachel Respess
Dufresne memandu pelajarnya,16, ke rumah rakan sekerjanya, Respess,
selepas menonton perlawanan ragbi, di mana ketiga-tiga dikatakan telha
mengadakan hubungan seks. Kedua-dua guru Bahasa Inggeris ini telah
digantung kerja tanpa gaji selepas mereka diberkas.
Yang peliknya, hampir kesemua guru-guru ini wanita DAN merupakan guru Bahasa Inggeris–suratan atau kebetulan?-MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Guru ‘Kantoi’ Adakan Hubungan Seksual Dengan Pelajar"