Sudah seharusnya kita mempunyai gaya hidup dan keinginan sesuai dengan saiz poket kita sendiri, tidak mengenakan segala sesuatu yang kita inginkan tapi keadaan kewangan belum mencukupi. Jangan sampai anda memalukan diri anda sendiri seperti yang dilakukan wanita ini yang sampai menjatuhkan harga dirinya dengan menanggalkan semua pakaiannya di jalan hanya kerana tak dibelikan teman lelakinya iPhone 6S.
Seperti dilapor dari Mirror (30/9/2015), pasangan ini awalnya sudah kelihatan adu hujah di dekat stesen bawah tanah di Jiangsu, China. Entah setan apa yang merasuki wanita ini hingga ia nekad telanjang sehingga membuat orang-orang yang berada di lokasi itu terkejut dan mengabadikan kejadian ini dengan telefon bimbit mereka.
Dalam keadaan tak berpakaian, wanita itu tampak emosi dan terus mencerca sang kekasih. Orang-orang yang melihat kejadian ini hanya boleh terdiam dan terus menyaksikan adegan tak pantas ini dan berusaha untuk meminta wanita ini akan memakai semula pakaiannya. Tak selang beberapa lama akhirnya wanita itu kembali berpakaian.
Pertengkaran yang berkesudahan tindakan tak masuk akal ini tentu saja terakam di beberapa CCTV yang tak jauh dari lokasi kejadian sehingga akhirnya menjadi pemberitaan di beberapa media. Media tempatan memberitakan jika wanita ini meminta pada kekasihnya untuk dibelikan iPhone 6S tapi malangnya permintaan ini tak dikabulkan oleh sang kekasih hingga akihirnya ia nekad telanjang di depan umum kerana marah.
0 Komentar untuk "Gila..Wanita ini Telanjang di Jalan Kerana Tak Dibelikan iPhone 6S"