Disebalik banyak pihak yang bercakap tentang sebuah trak mewah yang dibeli oleh sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, terdapat kata-kata yang tidak sedap didengar oleh segelintir pihak.
Ada yang mempertikaikan, sepatutnya wang banyak itu lebih elok digunakan untuk membantu orang miskin dan susah dari melakukan perkara-perkara yang membazir berkenaan.
Tetapi tahukah anda, nilai trak berkenaan yang mencecah lebih dari RM1.5 juta itu hanyalah sejumlah kecil berbanding nilai zakat yang dikeluarkan oleh Baginda Sultan Johor.
Dilihat banyak orang yang melenting kerana pembelian trak berkenaan, Menurut seorang pengguna laman sosial facebook, Zach Yahya, wang berkenaan bukanlah hasil yang dikutip daripada rakyat contohnya GST, tol atau hasil jualan minyak seperti Petronas.
Tuanku Sultan menggunakan wangnya sendiri dan dilaporkan Baginda telah mengeluarkan kira-kira RM12.5 juta zakat dan diberikan kepada Majlis agama Islam Negeri Johor pada tahun 2013 lalu.
Jumlah itu lebih banyak 10 kali ganda daripada harga trak yang dibeli baginda di mana trak berkenaan digunakan untuk meninjau rakyat seluruh negeri Johor.
Selain itu, sebelum ini bukan baginda sahaja membuat amal kebaikan seperti itu, sebelum ini Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhun Sultan Idris Shah juga telah menyatakan kesediaan untuk membiayai pelajar Malaysia yang belajar di United Kindom dan Amerika Syarikat berikutan tekanan yang diterima mereka ekoran kejatuhan matawang ringgit.
Pada pendapat SK sendiri, kita janganlah menilai hanya apa yang kita nampak semata-mata, SK akui walaupun SK bukanlah rakyat Johor, tetapi Tuanku Sultan Johor banyak membantu rakyatnya dan berani dalam pembaharuan yang dilakukan. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Baginda Beli Trak Mahal Tapi Baginda Keluarkan Zakat 10 Kali Ganda Dari Harga Trak "