>>>>>

Saintis Jepun Cipta Mi Unik ‘Glow In The Dark’

JEPUN dan inovasi memang tidak dapat dipisahkan.

Perkembangan inovasi mereka tidak hanya terhad kepada pembangunan teknologi dan gajet sahaja, sebaliknya industri pemakanan turut sama berubah mengikut kepakaran saintis di sana.

Terbaharu seorang saintis, Kurare Raku telah mencipta mi yang boleh bersinar dalam gelap.

Raku enggan mendedahkan rahsia di sebalik penciptaan mi neon yang terdiri daripada warna merah jambu, hijau dan biru.

Walau bagaimanapun, banyak pihak mendakwa dia mewarnakan mi tersebut dengan pewarna makanan dan mendedahkan mi itu dengan cahaya ultraviolet untuk kesan glow in the dark.

Tindakan itu mungkin boleh membahayakan kesihatan si pemakannya. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Saintis Jepun Cipta Mi Unik ‘Glow In The Dark’"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info