>>>>>

Imam Masjid Negara Kena Penampar Lelaki Arab Ketika Solat Jumaat

tamparkau

Ketika ini kecoh di laman sosial apabila Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim dakwa dirinya ditampar oleh seorang lelaki Arab ketika solat jumaat sebentar tadi.
Menurut beberapa saksi kejadian, solat yang sedang di rakaat pertama itu terpaksa diberhentikan akibat tindakan lelaki Arab demikian. Fuhh Imam pun dah tak selamat sekarang.

Rampas mic, tampar imam

t1
Menurut saksi juga, lelaki tersebut turut merampas pembesar suara dan mengatakan sesuatu.
t2

SEORANG lelaki keturunan ‘Arab’ dipercayai telah menampar Imam II Masjid Negara, Kuala Lumpur semasa rakaat pertama solat Jumaat sebentar tadi.

Akibat tindakan itu, sembahyang Jumaat terpaksa dilaksanakan semula di masjid berkenaan.

Menurut saksi, lelaki Arab berkenaan bertindak menampar Imam selepas selesai Al-Fatihah dibaca ketika rakaat pertama. Dia seterusnya merampas mikrofon dan berkata “You go back!” beberapa kali.

Berdasarkan video yang kini tersebar, tindakan lelaki ‘Arab’ yang terlibat menampar imam berkenaan ternyata telah mengundang kemarahan jemaah yang datang bersolat Jumaat hari ini apabila ramai yang memarahi dan cuba menamparnya ketika dia dibawa keluar oleh pihak polis.

Dapat didengar, ada yang berteriak kepada lelaki ‘Arab’ berkenaan “kurang ajar!”, “orang tengah sembahyang” dan “tangkap dia”.
Video rakaman CCTV lelaki Arab tampar Imam Masjid Negara ketik...
Video rakaman CCTV lelaki Arab tampar Imam Masjid Negara ketika rakaat pertama solat Jumaat.
Posted by Wartawan jalanan on 18hb September 2015
0 Komentar untuk "Imam Masjid Negara Kena Penampar Lelaki Arab Ketika Solat Jumaat"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info