>>>>>

Derita Kanak-Kanak Berkepala Besar, Hanya Harapkan Keajaiban

HANYA menanti keajaiban….itu harapan ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 14 bulan ini, Dhabuhi Parmar yang mengalami penyakit di mana kepalanya membesar hingga 23 inci, iaitu tiga kali ganda daripada saiz biasa.

Ibu bapanya, Shakuntala, 21, dan Hitesh Parmar, 22, yang menetap di Gujarat, tidak berupaya membawanya mendapatkan rawatan akibat masalah kewangan.

Apatah lagi pendapatan mereka yang bekerja sebagai buruh tidak mencukupi walaupun untuk perbelanjaan harian.

Menurut Shakuntala, anak mereka dikesan mengalami penyakit itu sejak berusia dua bulan dan disebabkan kepalanya yang besar itu, Dhabuhi tidak boleh bangun atau merangkak ataupun menggerakkan kepalanya.
“Saya takut kepalanya akan meletup satu hari nanti,’’ kata Shakuntala.

Ketika mula menghidap penyakit berkenaan, Shakuntala dan suaminya telah membawa anak mereka ke hospital kerajaan namun disebabkan hospital tersebut tidak mempunyai peralatan yang sesuai, dia terpaksa membawa anaknya ke hospital yang lebih baik.

Namun disebabkan kos perubatan mahal, Shakuntala hanya mampu menyerah kepada takdir.
Dia turut mempunyai seorang lagi anak yang membesar dengan normal.

kepala3

“Doktor memberitahu saya bahawa anak saya tidak mampu bertahan lebih dari setahun. Itu yang menyedihkan kami sekeluarganya,’’ katanya.

Dalam pada itu, doktor memberitahu rawatan yang boleh dijalankan ialah dengan menyedut cecair dalam tengkorak kepala kanak-kanak berkenaan.

“Ia merupakan keadaan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak dan pembedahan pada masa yang sesuai boleh menyelamatkan nyawa,’’ kata seorang doktor.
Dianggarkan kos pembedahan itu adalah antara £5,000 – £10,000. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Derita Kanak-Kanak Berkepala Besar, Hanya Harapkan Keajaiban"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info