>>>>>

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina..

Daripada Tim ke Kim Petras. Kim Petras dilahir pada 27 Ogos 1992 dan kini berusia 22 Tahun adalah seorang penyanyi / penulis lagu dari Jerman. Beliau terkenal dengan mencipta muzik daripada elektronik muzik serta pelbagai gaya Cappella. Pada tahun 2009, semasa berusia 16 Tahun beliau telah mencipta sejarah menjadi orang yang paling muda menjalani penukaran jantina dimana proses penukaran jantina itu berlaku semenjak beliau berumur 12 tahun. 

Ibu bapa Kim, Lutz dan Konni, telah mengatakan bahawa dari umur dua tahun, dia mula menunjukkan gaya seorang perempuan. Ia semakin menjadi jelas, dia memakai pakaian perempuan di khalayak ramai. Di Jerman, kebiasannya pembedahan seumpama itu tidak dibenarkan sehinggakan pesakit mencapai umur 18 Tahun. Namun pada usianya 12 Tahun, Kim telah berjaya menyakinkan Doktor bahawa dia seharusnya menjalani pembedahan penukaran jantina secepat mungkin.

Kim Petras memulakan terapi gantian hormon sebagai sebahagian daripada peralihan jantinanya pada usia 12 tahun. Dan pada usia 16, suatu Pembedahan penuh menukar jantina telah dilakukan pada bulan November. 

0 Komentar untuk "Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina.. "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info