>>>>>

Kim Kardashian Buka Baju, Dedah Punggung Untuk Majalah

BINTANG siri realiti Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian membuat penampilan berani apabila bergambar mendedahkan bahagian punggungnya buat tatapan pembaca majalah Paper edisi terbaharu.

Dalam satu gambar Kim yang memakai sarung tangan opera berwarna gelap dan rantai mutiara di leher, melondehkan baju hingga mendedahkan keseluruhan bahagian punggungnya tanpa seurat benang pun.

Ibu North West ini juga beraksi dengan memakai gaun hitam berkilat dengan membongkokkan sedikit badannya yang diletakkan gelas champagne di bahagian punggung untuk muka hadapan majalah terbabit.


Apa pun, gaya begini tak pelik langsung dengan Kim.

Bergaya daring adalah ‘makanan’ asasi isteri rappers Kanye West ini kerana Kim sememangnya dikenali di Hollywood dengan perkara panas, antaranya video seksnya bersama bekas teman lelaki, Ray J


0 Komentar untuk "Kim Kardashian Buka Baju, Dedah Punggung Untuk Majalah"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info