WASHINGTON:
Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya,
menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10
tahun.
Menurut media
tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat
selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada
pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37,
juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.
Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.
Stephanie
mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk
pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas
sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan
oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu.
Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia
mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam
mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.
Stephanie juga
dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan
anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.
Bagaimanapun,
peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu
stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca
daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan
tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap
mempertahankan suaminya.
Namun Peter Lizon
dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila
isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya
terhadapnya di mahkamah. – AP
0 Komentar untuk "Kejam!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai.. "