>>>>>

Tradisi Pelik Mengecilkan Kaki Untuk Kelihatan Lebih Cantik

Lain budaya lain caranya dan lain lambang kecantikkannya. Bagi Budaya China zaman dahulu mereka yang mengamalkan proses pengikatan kaki bagi wanita. Budaya ini dipercayai bermula sejak dahulu lagi iaitu semasa pemerintahan Dinasti Xia. Bagi kaum China, kaum wanita wajar mengikat kaki mereka bagi membezakan status mereka di kalangan masyarakat. Pendapat ketemporari menyatakan bahawa kaum lelaki bangsa China zaman lampau menyukai wanita yang berkaki kecil kerana ia melambangkan kecantikan dan kesuburan wanita tersebut.

Tradisi ‘ngeri’ ini melibatkan gadis seawal usia 5 tahun. Kaki mereka dibalut dengan kemas sehingga pada satu ketika, tulang-tulang di bahagian kaki gadis tersebut patah dan merengkok.

Tradisi ini beransur-ansur terhapus menjelang kurun ke-20 iaitu di zaman kolonis British mula melebarkan pengaruh mereka di Tanah Besar China. Penubuhan Republik China pada tahun 1911 menyebabkan ramai wanita mula meninggalkan tradisi kuno ini.

Sehingga ke hari ini, tradisi tersebut tidak lagi dapat dilihat di China. Yang tinggal hanyalah gambar-gambar yang menunjukkan betapa ‘seram’ dan ‘ngeri’ tradisi masyarakat Tionghua ini.








0 Komentar untuk "Tradisi Pelik Mengecilkan Kaki Untuk Kelihatan Lebih Cantik"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info