Beijing – “Saya bukan makhluk asing. Saya hanya kencing di situ!’’
itu penjelasan seorang pelakon cerita fiksyen bagi menyelesaikan
dakwaan seorang pelancong bahawa dia berjaya merakamkan gambar makhluk
asing di kawasan pergunungan.
Pelakon itu
menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya mengunjungi pergunungan
berkenaan untuk membuat rakaman filem sci-fi, ketika gambar dia kencing
diambil.
“Saya tidak sangka ketika saya kencing, seseorang telah merakamkan gambar saya,’’ katanya.
Perkara itu sebelum ini menjadi perdebatan dalam media sosial selepas gambar berkenaan tersebar di internet.
Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing tersebut yang menyerupai watak dalam filem Lord Of The Ring iaitu Gollum.
Ia dirakamkan ketika pelancong berkenaan sedang berkhemah di kawasan pergunungan terbabit.
“Saya berjalan
keluar dari kem itu kerana ingin kencing dan tiba-tiba saya melihat
makhluk asing. Saya kemudian merakamkan gambar dan kini saya takut
dengan keberanian saya itu,’’ katanya.
0 Komentar untuk "Orang Sedang Kencing Disangkakan Makhluk Asing "