SEORANG tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.
Lelaki itu
yang menetap di Austria dan tidak pernah melawat rumah di Michigan City
juga bersedia menyerahkan rumah dua tingkat dan tiga bilik itu kepada
mereka yang sanggup memberinya iPad 32GB.
Dia membeli
hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan
harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.
Tetapi dia
gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu,
termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana
kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.
Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.
Ejen hartanah, Larry Else berkata, walaupun dilengkapi besmen dan garaj
serta terletak tidak jauh dari bandar Detroit, rumah di kawasan
berkenaan sukar dijual.
Menurut
Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya
sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. –
Agensi
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Sanggup Tukar Rumahnya Dengan iPhone 6"