>>>>>

Inilah 10 Manusia Yang Menjadi Jutawan Tanpa Perlu Bekerja

     
1
Athina Onassis

10. Athina Onassis – Nilai Harta:  US $ 1 bilion
Beliau adalah jutawan termuda di dunia ketika ini. Mendiang datuknya iaitu Aristotle yang telah mewariskan kekayaan tersebut kepadanya.
Harta tersebut diwarisi ketika beliau berumur 3 tahun. Namun harta itu diuruskan ketika beliau meningkat dewasa. Salah satu legasi beliau adalah Pulau Skorpios yang terletak di negara Greece.

1
Lily Safra

9. Lily Safra – Nilai harta: US$ 1.2 bilion
Wanita warga Monaco ini telah mendapat kekayaan dari hasil peninggalan dari mendiang suaminya yang bernama Edmond Safra. Pada tahun 1999 Edmond meninggal dunia dalam suatu kejadian kebakaran di Apartment mereka.

1
Yvonne Bauer

8. Yvonne Bauer – Nilai harta: US $ 2 bilion
Beliau adalah pewaris tunggal Bauer Media Group. Tetapi di dalam masa yang sama, beliau juga adalah pekerja di dalam syarikat tersebut. Kedudukan beliau pada ketika ini adalah Pengarah Eksekutif.

1
Eduardo Hochschild

7. Eduardo Hochschild – Nilai Harta US $ 2.1 bilion
Orang ke-4 terkaya di Peru ini mendapat kekayaan dari bapa saudaranya yang merupakan pemilik saham dari syarikat perlombongan. Ketika kecil, Eduardo telah diculik dan lebih menyedihkan apabila bapanya telah ditembak, beliau seterusnya telah dijaga oleh bapa saudaranya menyebabkan segala harta kekayaan tersebut bakal diwarisi olehnya.

1
Scott Duncan

6. Scott Duncan – Nilai harta:  US $ 4.7 bilion
Walaupun usianya baru mencecah 30 tahun, tetapi beliau telah mewarisi kekayaan yang sangat melimpah. Baru-baru ini beliau telah memiliki  syarikat minyak di Texas yang merupakan syarikat paling maju di Amerika Syarikat
Ada juga beberapa pihak yang mengatakan bahawa Duncan tidak mahir dalam mengurus syarikat dan begitu bimbang dengan masa depan syarikat yang diwarisinya itu.



1
Finn Rausing

5. Finn Rausing – Nilai Harta: US $ 5.1 bilion
Beliau meawrisi kekayaan dari syarikat Tetra Pak yang merupakan milik datuknya. Syarikat ini menghasilkan pelbagai barangan kegunaan selama berdekad lamanya. Beliau adalah orang kelima yang paling terkaya di Sweden. Sementara yang keempat adalah abangnya.

1
Jorn Rausing (Kiri)

 4. Jorn Rausing – Nilai harta: US $ 5.2 bilion
Jorn mendapat kekayaan dari datuknya yang telah meninggal. Walaupun beliau langsung tidak  pernah bekerja sebelum ini, Jorn telah dilantik  menjadi salah satu direktor yang aktif pada syarikat tersebut. Syarikatnya adalah Tetra Pak. Jorn Rausing adalah orang keempat terkaya di Sweden sebelum adinya Finn Rausing.

1
Elaine Marshall

3. Elaine Marshall – Nilai Harta: US $ 8 bilion
Beliau memeperolehh warisan dari suaminya iaitu J. Pierce Marshall yang telah meninggal dunia. Kekayaan yang diwarisi menjadikan beliau sebagai wanita keempat terkaya di Amerika Syarikat (AS).
Sebahagian dari kekayaan itu berasal dari pelaburan sahamn di Koch Industries yang berjumlah 14.6%.

1
David de Rothschild

2. David de Rothschild – Nilai Harta: US $ 10 bilion
Lelaki berumur 35 tahun ini adalah pewaris dari keluarga Rothscild. Keturunan Rotschild sememangnya keturunan yang kaya-raya di Eropah kerana mereka menjalankan perniagaan pelaburan dan perbankan.

1
Jacqueline Mars

1. Jacqueline Mars – Nilai Harta:  US $ 20.5 bilion
Beliau adalah cucu kepada Fank C Marikh yang merupakan pengasas syarikat gula-gula jenama Mars di Amerika Syarikat. Beliau pernah bergelar wanita ketiga paling terkaya di negara tersebut.
Sumber
0 Komentar untuk "Inilah 10 Manusia Yang Menjadi Jutawan Tanpa Perlu Bekerja"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info