KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mendakwa gaji seorang pencuci tandas di Singapura lebih mewah berbanding gaji seorang pensyarah di negara ini.
Beliau mendakwa, pencuci tandas di negara itu boleh memperoleh gaji lebih RM4,000 sebulan sedangkan gaji pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Gred DS45 di Malaysia hanya RM2,878.
Justeru, beliau mempersoalkan pihak yang lebih berkemampuan membeli rumah di Johor Bahru, Johor adalah seorang pencuci tandas di Singapura berbanding pensyarah IPTA.
“Gaji sebulan pencuci tandas Singapura sebanyak $1,713 = RM4,333.89. Gaji pensyarah IPTA gred DS45 adalah RM2,878. Siapa yg layak membeli rumah teres RM300 ribu di Johor Bahru? Oh Malaysia tanah airku……,” dakwanya melalui laman Facebook beliau.
Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan itu berikutan kes Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Azmi Sharom menghadapi tuduhan menghasut di Mahkamah semalam berhubung kenyataannya tentang krisis Perlembagaan Perak, lapor Mynewshub.
0 Komentar untuk "Gaji Tukang Cuci Tandas Di Singapura Lebih Mewah Daripada Pensyarah Malaysia?"