>>>>>

Banduan Wanita Di Brazil Buat Kehebohan Kerana Boleh Selfie Seksi Dalam Penjara



Update status yang dilakukan oleh tahanan wanita di rutan Guarapuava di media sosial mencetuskan kontroversi di Parana, Brazil. Dua tahanan tersebut berfoto selfie dan memuat naik di laman jejaring sosial dari dalam penjara itu.

Gambar-gambar yang diambil dengan telefon bimbit, dijumpai oleh pihak penjara telah diposkan ke dunia maya April lalu. Mereka, para tahanan perempuan yang berusia 30 tahun itu dibui akibat perdagangan dadah. Namun kedua-dua tahanan masih menjalani hukuman sementara, belum mendapat keputusan yang berkekuatan hukum tetap.

Banduan wanita berambut perang ini baru ditahan sejak April 2014 namun ia sudah berani buat masalah



Seorang di antaranya telah di penjara sejak April, manakala seorang lagi telah ditahan selama setahun. Dua tahanan perempuan itu muncul di media sosial dengan pakaian minim, berpose di tempat tidur. Diduga lokasi pemotretan di dalam ruang tahanan perempuan. Di belakang tempat tidur mereka dihiasi dengan latar bercorak kulit binatang.

Banduan wanita ini sudah ditahan sejak setahun

Banduan wanita yang sudah ditahan selama setahun ini banyak menyiarkan foto selfie yang kurang sesuai. Dan inilah salah satu contohnya (foto lain tidak boleh dipaparkan disini demi kesantunan)

Selepas warden menyedari ada gambar-gambar tahanan di media sosial, mereka menggeledah bilik tahanan dua perempuan itu. Hasilnya, didapati telefon bimbit yang digunakan untuk mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial. "Kami kesal hal semacam ini boleh terjadi. Tahanan dapat menyembunyikan dengan sangat baik", kata kepala rutan, Altemir Nascimento akhir Ogos lalu.

Menurut Nascimento, 40 telefon bimbit telah dirampas sepanjang tahun ini dalam penjara. Selain rumah tahanan untuk perempuan, di Guarapuava juga terdapat rutan untuk tahanan lelaki
(Mirror)
0 Komentar untuk "Banduan Wanita Di Brazil Buat Kehebohan Kerana Boleh Selfie Seksi Dalam Penjara"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info