>>>>>

Range Rover Dicat Emas Bernilai RM800,000

kereta1 (1)

LONDON – Kerana terlalu kaya, seorang hartawan dari Arab Saudi tidak kisah menghabiskan kekayaannya itu hanya untuk sebuah kereta.

Dia menunjukkan kekayaannya dengan menerbangkan sebuah kereta Range Rover yang dicat dengan emas dan bernilai RM800,000  dari Arab Saudi dan diletakkan di luar hotel Wellesley di Knightsbridge.
Kereta terbabit mempunyai plat pendaftaran 666 dan dibawa khas dari negaranya untuk kegunaan hartawan berkenaan sepanjang percutiannya.

Salah seorang penduduk tempatan berkata, kereta Range Rovers yang lain kelihatan normal namun kereta milik hartawan Arab Saudi itu memang sesuatu yang berlainan.

“Anda tidak boleh melepaskannya. Ia memang menakjudkan dan pemiliknya memang seorang yang kaya apabila memutuskan untuk mengecat kereta itu dengan warna emas.

“Tetapi saya rasa ia tidak akan menang anugerah kereta paling bergaya,’’ katanya, dipetik Mynewshub.
0 Komentar untuk "Range Rover Dicat Emas Bernilai RM800,000"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info