Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China .. Tetapi adakah anda tahu dimanakah terletaknya hujung Tembok China?
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming .. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan .. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China .. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama .. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara ..
Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China ..
Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan .. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon `s Head atau disebut juga Laolongtou .. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai .. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil ..
Shanhaiguan atau Shanhai Pass terletak dekat Bandar Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing .. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara terus ke laut Bohai ..
0 Komentar untuk "Inilah Dia Hujung Tembok Besar China"