>>>>>

Enam Wanita Hamil Curi 300 Pakaian



HANGZHOU (China) – Polis di sini semalam menahan enam wanita hamil yang didakwa mencuri 300 pakaian bernilai 100,000 yuan (RM56,000) dari 11 kedai dalam masa tiga jam.
Akhbar Zhejiang News melaporkan, polis menerima laporan mengenai kegiatan wanita berkenaan daripada seorang pembantu kedai.
Rakaman televisyen litar tertutup sebuah kedai menunjukkan dua wanita hamil memasukkan pakaian berkenaan ke dalam beg plastik.
Kamera di kedai lain merakam dua lagi wanita mengandung mengalihkan pandangan pekerja kedai sementara dua rakan mereka, juga hamil, memasukkan pakaian ke dalam beg mereka.
Hasil siasatan menunjukkan wanita berkenaan juga menjalankan kegiatan mereka di beberapa bandar besar lain sebelum pulang Hunan, bandar tempat tinggal mereka, untuk menjual semula pakaian yang dicuri itu.
Seorang wanita terbabit berkata, mereka berbincang mengenai operasi mereka ketika bermain mahjong dan yakin tidak akan ditangkap kerana hamil. – Agensi
0 Komentar untuk "Enam Wanita Hamil Curi 300 Pakaian"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info