Barry Sim, seorang pekerja syarikat minyak, sepatutnya menaiki pesawat malang berkenaan. Beliau bagaimanapun terpaksa menukar flight dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas tiada tiket untuk isteri dan anaknya.
Mereka yang mengaku sangat setia dengan Malaysia Airlines dan sering terbang dengan syarikat penerbangan negara itu kemudiannya memilih menaiki pesawat syarikat penerbangan Netherlands, KLM biarpun isteri Barry mendakwa suaminya itu tidak gemar terbang dengan KLM.
Ditanya reaksinya terhadap nahas itu, Sim berkata: "Rasa kecut perut. Jantung berdebar-debar."
Isterinya, Izzy Simm pula berkata "ada kuasa yang melindungi kami dan seperti berkata 'jangan naik penerbangan itu."
Sumber
0 Komentar untuk "MH17: "Ada Kuasa Yang Melindungi Kami" - Barry Sim"