>>>>>

Inilah Hotdog Terbesar Di Dunia Dengan Berat 57kg



Orang Amerika Syarikat memang terkenal kerap membuat rekod dunia yang sangat menghebohkan dunia Salah satunya iaitu rekod yang dibuat oleh seorang lelaki asal Amerika Syarikat. Lelaki yang bernama Brett Enright ini telah membuat rekod hot dog terbesar di dunia dan berjaya meraih rekod dari Guinness World Records.

Brett sendiri merupakan pemilik sebuah restoran di Florida, Amerika Syarikat. Ia semakin terkenal apabila ia berjaya mencipta rekod baru dengan hot god terbesarnya yang mencapai berat sekitar 57 kilogram.

Bret mengaku bahawa untuk membuat hot dog terbesar tersebut memerlukan kerja keras dan masa selama 3 jam. Untuk membakar sosisnya sendiri saja ia memerlukan panggangan sepanjang 30 meter dan panggangan tersebut perlu diangkut oleh sebuah lori treler besar.

Rekodnya ini ia lakukan di sebuah festival Miami di Florida minggu lalu. Ia mengaku sangat puas dengan pencapaian terbesarnya ini dan merasa bangga atas rekod yang telah diberikan oleh Guinness World Record sebagai pembuat hot dog terbesar di dunia.

Bret mengatakan bahawa ideanya untuk membuat hot dog raksasa ini muncul ketika ia melihat seorang lelaki yang berjaya mendapatkan rekod pembuat hot dog terbesar di dunia, yang kemudia boleh ia kalahkan dengan hot dog buatannya.

Bret berharap bahawa lelaki tersebut boleh datang kembali dan membuat hot dog raksasa lagi sehingga boleh mengalahkan hot dog buatannya. Dengan begitu ia akan bersemangat lagi untuk membuat hot dog lebih besar lagi.

Kemudian, Brett memotong hot dog raksasaya tersebut dan menjual potongan-potongan kecil hot dog tersebut kepada pengunjung festival itu dengan harga Rm 4
0 Komentar untuk "Inilah Hotdog Terbesar Di Dunia Dengan Berat 57kg"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info