Ingin tahu bagaimana wajah perempuan
Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia
terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang
membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan
tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik
perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di
kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi Cina terkejut bagaimana
eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan
perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian
dari sutera yang masih terawat.
Mumia ditemukan di dalam keranda
kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan
bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu
Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini
sangat lengkap dan baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana
Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa
Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda
menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu
(semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.
Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou
jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An
Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah
masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud
‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak
untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti
Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China
jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti
Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’
bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.
Perkara ini mengingatkan kita kepada
tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun
622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah
atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.
Dinasti inilah masyhur dengan
Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan
kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim?
Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika
kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang
dikatakan datang dari Yunnan, China. SUMBER
0 Komentar untuk "(Gambar) Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun?"