Dalam kejadian 2.30 pagi, dua remaja lelaki itu dipercayai menggunakan laluan belakang masjid dengan meletakkan motosikal berhampiran Tanah Perkuburan Islam Umbai sebelum masuk melalui ke ruangan solat wanita dan mengumpil pintu jeriji.
Berdasarkan rakaman CCTV dapati dua remaja lelaki mengambil masa selama satu jam untuk melarikan wang daripada tabung tabung masjid.
PERBUATAN dua remaja mencuri dirakam CCTV.
Sementara itu, Ketua Polis Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan menerusi CCTV yang diserahkan oleh jawatankuasa masjid.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan.sumber
0 Komentar untuk "Dua Remaja Curi Lapan Tabung Masjid Di Rakam CCTV Masjid"