Jika sebelum ini dramatis Rozita Che Wan teruk dikritik kerana berkongsi
gambar berci um dengan suami, Zain Saidin di laman Instagram, pelawak
Nabil Ahmad turut tidak terkecuali menerima kecaman yang sama.
Sebaik berkongsi gambarnya menciu m pipi isteri, Nazirah Ayub di kota
cinta, Paris, sebilangan pengikut Nabil telah memberikan komen pedas
mengenai foto yang dikongsikannya itu.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nabil berkata, “ciu m pipi, itulah
yang saya pelik sikit tu sebab, minta maaf cakap la ya, ramai artis
yang belum kahwin mereka pergi bercuti berdua, haters relax jer tak pula
kritik”.
“Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasallah! Nak c ium ke
apa sebab yang saya cium tu isteri saya, bukan orang lain,” ulasnya
memetik Rotikaya.
Enggan mengambil pusing setiap komentar negatif yang ditinggalkan
pengikutnya, Nabil sebaliknya hanya berkongsi gambar tersebut untuk
menunjukkan momen-momen bahagianya di sana bersama isteri sementelah ini
merupakan kali pertama kedua-dua figura ini menjejakkan kaki ke Eropah.
Sementara itu, Nabil mendedahkan mereka kini sedang berusaha untuk
mendapatkan cahaya mata kedua selepas usia anak sulungnya, Naira Mikayla
kini sudah pun genap berusia dua tahun. – mynewshub
0 Komentar untuk ""Saya Punya Pasallah" - Komen Nabil Ahmad Terhadap Gambar Beliau Cium Isterinya"