>>>>>

Maria Farida Tayang Koleksi Bikini Undang Pelbagai Reaksi!


Sebut sahaja nama Maria Farida pasti di minda sesiapa yang mengenali aktres wanita popular ini terbayangkan wajahnya yang putih melepak dan bertubuh cantik di usia 40’an itu.

Sering dihimpit cerita kontroversi tidak kurang juga para lelaki VIP yang mengintai aktres ini, Maria Farida masih terus mengabdikan diri dalam dunia seni dan mendapat perhatian tidak kurang hebatnya dengan pendatang-pendatang baru dunia hiburan tempatan.

Baru-baru ini Maria Farida yang aktif di Instagram itu telah memuatnaik sekeping foto di laman sosial tersebut dan ia nyata menghangatkan lagi nama aktres ini. Mana tidaknya, foto beberapa helaian bikini miliknya mendapat reaksi yang pelbagai daripada para pengikutnya di Instagram itu.

Di dalam kapsyen foto tersebut, Maria telah menyatakan bahawa dia tidak dapat membuat keputusan untuk mengenakan bikini yang mana satu. Difahamkan, aktres tersebut kini berada di sebuah lokasi peranginan di selatan negara Thai bersama teman-temannya.

Lebih tepat lagi Maria kini berada di Krabi untuk bercuti namun begitu tiada sebarang foto yang memperlihatkan Maria menyarungkan pakaian mandi itu walaupun telah bertanyakan mengenainya sebelum itu.

Antara akaun yang turut respon kepada entri yang dimuatnaik Maria Farida tersebut adalah akaun milik Saiful Apek yang memberikan reaksi terkejutnya dalam bentuk emoji atau emoticon. Terpulanglah kepada mereka yang ingin menilai, mungkin tindakan Maria ini sekadar caranya berinteraksi dengan pengikutnya, selebihnya tidaklah dapat untuk kami tafsirkan. murai.com.sumber
0 Komentar untuk "Maria Farida Tayang Koleksi Bikini Undang Pelbagai Reaksi!"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info