Seorang wanita misteri telah mencetuskan kekecohan apabila muncul tanpa pakaian di balkoni Hotel Tulip tempat penginapan skuad Bolasepak England di bandar Rio de Janeiro.
Mengikut laporan Daily Mail, wanita terbabit muncul tanpa pakaian di balkoni hotel mencetuskan tanda tanya dikalangan skuad bolasepak England.
Kemunculan wanita ini menimbulkan kemarahan dikalangan peminat pasukan England sekaligus mencetuskan buah mulut kemungkinan ada dikalangan pasukan tersebut cuba untuk melanggan pelacur.
Gadis tersebut dikatakan muncul beberapa minit di balkoni dan sejurus selepas itu menghilangkan diri setelah mendapat perhatian penginap hotel tersebut.
Pengurus pasukan England, Roy Hodgson berkata pasukannya tidak mengenali siapakah wanita itu dan menafikan dakwaan ada dikalangan mereka cuba untuk melanggan perkhidmatan seks.
“Pasukan kami tidak ada skandal apa pun, kami dikelelilingi penasihat serta tenaga pakar yang mengingatkan agar kami tetap professional dan menjaga etika sebagai pemain bolasepak,” Ujar Hodgson.
via: Brothersam , Harian Blogger & RealitiAbadi
Sumber asal: DailyMail
0 Komentar untuk "Gadis Tanpa Pakaian Cetus Tanda Tanya Di Hotel Penginapan Skuad England"