>>>>>

5 Lagu Michael Jackson Yang Paling Di Sukai Ramai




5 Lagu Michael Jackson Yang Di Sukai Ramai   | Walaupun kelibatnya sudah tiada lagi di dunia, namun nama Michael Jackson masih lagi segar di ingatan peminat-peminat setianya di seluruh dunia.
Terbaharu, album terbaharu Michael yang berjudul Xscape telah diterbitkan pada 9 Mei lalu oleh Epic Records dan MJJ Music.
Menerusi album tersebut, dua lagu nyanyian Michael yang berjudul Slave to the Rhythm dan Love Never Felt So Good berduet dengan Justin Timberlake telah diperdengarkan di seluruh dunia, baru-baru ini.
Dalam mengenang Raja Pop dunia ini, di senaraikan lima lagu terbaik Michael Jackson yang sehingga kini sering kali dimainkan di corong-corong radio dan ‘evergreen’ di telinga anda!
1. Billie Jean (1983)
Lagu ini diterbitkan pada 1983, ditulis oleh Michael Jackson sendiri dan diterbitkan oleh Quincy Jones. Rupanya ada kisah tersendiri kenapa lagu ini diterbitkan. Ini kerana Michael menggunakan medium lagu sebagai menjawab tuduhan seorang peminat fanatiknya yang mendakwa mengandungkan anak Michael.
2. Black or White (1991)
Black or White menjadi single kedua Michael Jackson yang berjaya menduduki tangga pertama carta Billboard selama tujuh minggu berturut-turut. Lagu catchy ini turut menampilkan pelakon cilik yang popular dengan siri filem Home Alone sebagai pelakon dalam video muzik lagu tersebut.
3. Beat It (1983)
Beat It merupakan single ketiga daripada album Thriller yang menampilkan petikan gitar solo daripada rocker Eddie Van Halen.
4. You Are Not Alone (1995)
Lagu ini ditulis oleh penyanyi R. Kelly berdasarkan kisah hidupnya yang kemudiannya diperdengarkan kepada Michael Jackson. Tertarik dengan susunan lagu yang indah ini, Michael terus mengambil keputusan untuk merakamkan lagu You Are Not Alone.
5. The Way You Make Me Feel (1987)
Difahamkan lagu ini direkodkan atas permintaan ibu Michael sendiri yang menginginkan anaknya merakamkan lagu dengan rentak shuffle dan Michael turut mendendangkan lagu ini secara live pada Anugerah Grammy 1988.
0 Komentar untuk "5 Lagu Michael Jackson Yang Paling Di Sukai Ramai"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info