gambar hiasan |
Kenapa Wanita Tak Sanggup Dimadukan?
Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang
sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh
dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau
empatkan (dimadukan).
Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama
secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh
mengundang dosa.
Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar,
tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih
lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.
Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui.
Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk
dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.
Kenapa isteri menolak poligami?
1. Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering
menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak
kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita
dimadukan atau bermadu.
2. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.
3. Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin
ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan
kutukan dari masyarakat.
4. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering
menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang
langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.
5. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana
selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana
tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti
pincanglah sesuatu institusi.
6. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah
ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan
anak-anak menjadi mangsa.
7. Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk
berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang
lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi
keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang
diperolehi.
8. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa
setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari
Dia yang Esa.
9. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.Apabila ini
terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi
hak milik dengan wanita lain.
10. Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering
terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya
halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena
caranya.
Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.
Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’.
Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak
pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.
Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati.
Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula.
Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.
Kesimpulannya
Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami.
Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para
isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu.
Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah
pernikahan, insyaAllah, walau apa ujian dan dugaan mendatang, insyAllah
sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.
Poligami yang berjaya akan wujud jika unsur-unsur keadilan terhadap
wanita dipenuhi, dan terlepas sama sekali dari belenggu rasa cemburu,
perasaan buta dan ego yang berlebihan.
Poligami tidak bermaksud mengurangkan hak dan kehormatan wanita.
Tetapimenjunjang kepentingan wanita.Pernikahan suaminya dgn wanita lain
adalah lebih baik baginya daripada perceraian.
0 Komentar untuk "10 Sebab Mengapa Wanita Tak Sanggup Di Madukan"