>>>>>

Wanita Muatnaik Video Gugur Kandungan Di YouTube


Menggugurkan bayi dah satu hal, mendedahkan pada dunia bahawa dia rasa tindakan itu tak bersalah langsung pula satu hal lain.

Itulah yang dilakukan seorang wanita bernama Emily Letts, 25, yang memuatnaik video dia melakukan pengguguran bayi di YouTube atas alasan mahu ‘berkongsi’ kisahnya.

Selain kelihatan tidak sukar membuat keputusan untuk menggugurkan bayinya, Emily tidak menyembunyikan kegembiraan selepas berjaya ‘membunuh’ bayi yang dikandung apabila mengucapkan ‘yay!’ selepas prosedur berjaya.


Seterusnya dalam rakaman dirinya yang diambil sebulan setengah selepas pengguguran dilakukan, Emily menyatakan dia tidak rasa jahat atau bersalah atas tindakan itu.

Sebaliknya dia gembira kerana kini terbukti dia boleh mengandung.

Bagaimanapun tindakan Emily ini tidak mengejutkan kerana dia merupakan kaunselor pengguguran di Cherry Hill Women’s Center, New Jersey, Amerika Syarikat, lapor Mynewshub.


0 Komentar untuk "Wanita Muatnaik Video Gugur Kandungan Di YouTube"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info