Noraslinda Asat, 34, baru hendak duduk di atas mangkuk tandas sebelum
tiba-tiba berasa ada sesuatu yang menyakitkan mematuk punggungnya. Dia
segera bangun lalu terlihat seekor ular sawa sepanjang 1.8 meter
melingkar dalam mangkuk tandas dengan mulut menyeringai menampakkan
taringnya yang tajam.
Dalam keadaan panik Noraslinda menyauk ular tersebut namun ia terlepas
kerana licin sambil menjerit sekuat hati memanggil suaminya.
Sejurus selepas kejadian dia berasa lemah hingga terpaksa dikejarkan ke
hospital lalu diberikan suntikan sebelum dibenarkan pulang.
Suami Noraslinda, Mohammad Fitri Kassin, 34, menyatakan ular tersebut
sebesar lengannya.
Menggambarkan rupa ular tersebut, ia dikatakan jenis sawa dengan badan berbintik coklat gelap.
Dipercayai, anak Noraslinda yang berusia 4 tahun turut melihat ular
tersebut ketika masuk ke dalam tandas 5 minit sebelum ibunya kerana dia
ada berkata “Mama, your tail was moving” namun tidak difahami
Noraslinda.
Petugas dari Animal Concerns Research and Education Society Singapura datang untuk menangkap ular tersebut namun tidak berjaya kerana ia sudah pun hilang. Kejadian ini membuatkan Noraslinda fobia hendak menggunakan tandas rumahnya yang terletak di Blok 826, Eunosville, Sims Avenue, Singapura dan kini meletakkan batu bata di atas mangkuk tandas kerana bimbang ular tersebut akan muncul semula.
0 Komentar untuk "Ular Muncul Di Mangkuk Tandas, Suri Rumah Dipatuk Ular Di Punggung"