>>>>>

Shila Amzah Dedah Perangai Sebenar Bekas Kekasihnya

Shila Amzah dedah perangai sebenar bekas kekasihnya - Penyanyi terkenal yang menempa nama besar di China, Shila Amzah akhirnya mendedahkan perangai sebenar bekas kekasihnya menerusi rancangan Chat with VVIP musim kelima yang ditayangkan di saluran AES Astro.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh Shila ialah sikap bekas kekasihnya yang suka mengongkong jauh lebih teruk dari keluarga sendiri.

Aktres berusia 23 tahun itu memberi contoh soal pemakaian yang ditampilkannya. Jika tidak sesuai di mata bekas kekasih, dia meminta Shila untuk menukarnya segera.

Lebih teruk, kerjayanya sebagai penyanyi turut tidak disokong oleh si bekas kekasih sehingga dikatakan wujud perbalahan antara mereka. Benarkah pengakuan Shila ini? Siapakah bekas teman lelaki yang dimaksudnya?


 

0 Komentar untuk "Shila Amzah Dedah Perangai Sebenar Bekas Kekasihnya"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info