Entah apa yang ada di dalam fikiran lelaki ini sehingga nekad memasukkan permohonan ke mahkamah agar keinginannya untuk berkahwin dengan laptop kesayangannya dapat terlaksana.
Chris Servier memasukkan sebuah undi setebal 50 halaman ke mahkamah rayuan AS kerana permohonannya untuk menikahi laptop MacBook miliknya ditolak Kerajaan Negeri Utah.
Chris berkata, cintanya kepada kandungan pornografi yang ada di dalam laptopnya itu tak ubahnya rasa cinta yang dirasakan di antara kekasih sesama jantina.
"Kerajaan Utah melakukan diskriminasi kepada saya apabila mereka menolak keinginan saya menikahi komputer saya," kata Chris dalam tuntutan hukumnya.
"Saya mendatangi petugas Kerajaan Utah untuk mendapatkan akta perkahwinan untuk saya dan pasangan mesin saya. Namun, dia menolak ... objek kasih sayang saya memang berada di luar definisi yang sempit," ujar Chris.
Chris menambah, perkahwinannya dengan si laptop sebenarnya mempunyai risiko yang sangat kecil, dan kemungkinan perceraian dapat dielakkan.
Tahun lalu, Chris Sevier juga memfailkan saman undang-undang di Florida berkaitan situasi yang sama. Namun, gugatannya tak ditanggapi oleh mahkamah di Florida.
Sebelumnya, Chris pernah cuba menggugat rangkaian stesen televisyen A & E untuk memecat Phil Robertson, salah seorang bintang reality show berjudul Duck Dynasty kerana komentarnya yang dianggap mengandung warna homofobia.
Chris juga pernah cuba menuntut ganti rugi dari Apple kerana gagal menambah sistem "safe mode" di laptopnya yang dianggapnya sebagai pencetus ketagihan pornografi yang dialaminya.
(Sky News, Telegraph)
0 Komentar untuk "Pelik..!!..Kerana Ketagih Dengan Pornografi,Lelaki Ini Berkahwin Dengan Laptopnya"