Jakarta – Seorang kanak-kanak lelaki,
Valentino, lima, membunuh diri selepas gagal mendapat kebenaran ibu
bapanya untuk menonton filem adiwira terbaru, Spiderman 2 di pawagam.
Mangsa melompat dari tingkat 19 menerusi tingkap rumahnya di sebuah apartmen di ibu negara Indonesia ini.
Ibu bapanya yang mengetahui mengenai
kejadian itu bergegas turun ke bawah dan membawa mangsa ke hospital
berdekatan untuk menyelamatkannya, namun gagal.
Murid tadika itu disahkan mati sebelum sampai di Hospital Pluit, utara Jakarta lapor Kompas.com semalam.
Dia bagaimanapun tidak memberi kebenaran kerana sedang menjaga adiknya yang sakit.
“Selepas permintaannya ditolak, mangsa lari ke dalam bilik dan mengunci dirinya dari dalam.
Ibu mangsa cuba membuka pintu apabila mendengar sesuatu – anaknya terjun menerusi tingkap,” katanya.
Mayat Valention dihantar ke sebuah hospital di Jakarta untuk siasatan lanjut.
Polis masih menyiasat kes berkenaan. – Agensi
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Bunuh Diri Kerana Filem Spiderman"