Seorang gadis jelita di Brazil menjadi sensasi di internet kerana kerjayanya sebagai seorang pembantu pengadil bola sepak. Gadis itu, Fernanda Colombo Uliyana, 25, menjadi topik perbualan di internet selepas beberapa stesen
televisyen tempatan menyiarkan dia beraksi di padang dalam satu
perlawanan piala Copa do Brasil baru-baru ini.
Gadis jelita itu dilaporkan sekali lagi
membantu pengadil pada perlawanan pembukaan kumpulan A antara pasukan
Atletico Mineiro dan Cruzeiro di Brazil kelmarin.
Menurut Uliana yang bekerja sebagai
jurulatih kecergasan peribadi, dia berasa teruja untuk meneruskan
kerjaya dalam bidang pengadilan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.
“Pencapaian ini merupakan hasil komitmen
dan dedikasi saya dalam bidang pengadilan bola sepak,” katanya dalam
satu temu bual bersama media antarabangsa, lapor Kosmo!.
0 Komentar untuk "Gambar Pembantu Pengadil Bola Sepak Wanita Yang Cantik Jadi Sensasi Di Internet"