>>>>>

Eksklusif : Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Akan Dipinda


Pindaan diputuskan dalam bengkel khas babit semua agensi

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan untuk meminda peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan di negara ini.

Bagaimanapun, perincian mengenai pindaan itu akan diputuskan dalam bengkel khas membabitkan semua pihak berkepentingan, termasuk pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO), minggu depan.


Antara agensi yang akan menyertai bengkel itu ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), penasihat undang-undang kementerian dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).sumber

0 Komentar untuk "Eksklusif : Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Akan Dipinda"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info