Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami
keretakan di tangan kanan, berdekatan bahu apabila kereta yang dinaiki
bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi,
terbabit dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas, di sini kira-kira jam 10
malam tadi.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua mereka dalam
keadaan selamat dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pakar
Damansara.
“Sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan bersama keluarga,” katanya.
Difahamkan kejadian berlaku berpunca daripada sebuah kereta yang
tidak menyedari laluan di lokasi kejadian berubah dan secara tiba-tiba
merempuh kenderaan yang dinaiki Anwar bersama empat lagi penumpang lain,
lapor Hmetro.
0 Komentar untuk "Anwar Ibrahim Kemalangan Mengalami Keretakan Tangan"