>>>>>

Anjing Sesat Cedera, Dua Anak Panah Tembusi Badan


PETALING JAYA, 14 Mei:Seorang lelaki menembak seekor anjing menggunakan dua anak panah selepas anjing berkenaan enggan berganjak dari pintu pagar rumahnya.

Kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam sehingga 9.30 malam, Selasa.

Menurut laporan The Star Online, seorang penduduk Taman Sinaran in Taming Jaya yang dikenali sebagai Allan Chong berkata dia ternampak seorang lelaki memegang busur dan anak panah menghampiri seeekor anjing.

2
Dua anak panah menembusi badan anjing dipercayai jenis Rottweiler yang mempunyai kolar merah. – Foto The Star Online


“Sewaktu menghampiri anjing itu, saya mendapati sudah terdapat dua anak panah pada badan anjing itu,” ujarnya yang kemudian cuba menghalau anjing berkenaan sebelum menghubungi polis.

Pihak polis menasihatinya supaya laporan dibuat bersama bukti untuk membantu siasatan.

Menurut Hong lagi, sebelum ini dia tidak pernah nampak kelibat anjing berkolar merah disekitar kawasan itu.
Malah tambahnya anjing berkenaan berkemungkinan sesat dan cuba mencari jalan pulang.

Sementara itu, Pengurus Projek Malaysian Dogs Deserve Better, Melinda Joy Gomez mengutuk keras tindakan lelaki berkenaan untuk menghalau anjing tersebut.

“Dia boleh meminta pertolongan jiran yang turut membela anjing, ataupun menggunakan semburan air dari menembak menggunakan anak panah,” katanya. TheRakyatPost
0 Komentar untuk "Anjing Sesat Cedera, Dua Anak Panah Tembusi Badan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info