>>>>>

Maruah Isteri Bayar Judi

Kuala Lumpur: “Cukuplah. Sudah setahun saya menanggung azab neraka dunia ini. Saya ada bayi kecil yang mahu dibesarkan dalam suasana keluarga sebenar, bukan dalam kehidupan begini,” kata Zura, 27.
Episod sedih hidup wanita ini bermula selepas beberapa bulan berkahwin dengan kekasih hatinya setelah kira-kira dua tahun bercinta. 


“Ketika bercinta, saya tidak tahu bahawa dia kaki judi dan tidak pernah bersikap ganas pada saya. Tetapi selepas beberapa bulan berkahwin dan saya mengandung, baru sikap sebenarnya timbul,” katanya. 

Suaminya, pekerja swasta berusia 30-an rupa-rupanya kaki judi dan lebih memeritkan apabila setiap kali kalah pertaruhan, Zura akan dipaksa melacur bagi mencari wang mudah membayar hutang judi lelaki itu.

ZURA menceritakan penderitaan dilalui selepas maruah dan tubuhnya dijual suami untuk membayar hutang judi.

“Saya hampir keguguran ketika sarat mengandung apabila dibelasah dan diterajang selepas saya tidak mahu mengikut kehendaknya,” katanya.HarianMetro
0 Komentar untuk "Maruah Isteri Bayar Judi"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info