>>>>>

Hos MHI Nadia Annuar dan Sammy Simorangkir Kembali Bercinta?


Sekitar Disember 2013, penyanyi kelahiran Indonesia ini memberikan kenyataan kepada media yang hubungan beliau & personaliti TV3 ini sudah berakhir namun perkembangan baru seakan menunjukkan yang mereka tidak berputus asa.

Selain menyebut perbezaan agama sebagai puncanya, Sammy Simorangkir berkata hubungan dengan pengantara program Malaysia Hari Ini (MHI) terputus juga disebabkan tiada persefahaman namun dari kemaskini terbaru mereka di lama sosial, pasangan ini seakan kembali bersama.

Nadia dilihat hadir bersama ke konsert khas Keris Patih bersama Sammy Simorangkir di Jakarta, Indonesia selain beliau turut menemani penyanyi itu ketika sesi latihan yang dijalankan beberapa hari sebelum itu.

Dan ini bukan kali pertama terlihat gambar mereka berdua bersama sejak Sammy Simorangkir mengumumkan perpisahan mereka. Nadia Annuar nampaknya masih terbang ke Indonesia secara kerap untuk bertemu buah hatinya ini.
sumber : rotikaya
0 Komentar untuk "Hos MHI Nadia Annuar dan Sammy Simorangkir Kembali Bercinta?"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info